Geng Apoi aktif samun kedai serbaneka tumpas

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komissioner A.A.Anbalagan menunjukkan antara barangan yang dirampas dalam tangkapan dijalankan ke atas empat suspek ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Serdang pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komissioner A.A.Anbalagan menunjukkan antara barangan yang dirampas dalam tangkapan dijalankan ke atas empat suspek ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Serdang pada Jumaat.
A
A
A

SERDANG - Menukar 'cover set' motosikal setiap kali selepas melakukan jenayah antara taktik yang digunakan sekumpulan penjenayah sebelum bertindak menyamun kedai serbaneka.

Bagaimanapun taktik tersebut gagal mengaburi pihak berkuasa apabila empat penjenayah yang dikenali sebagai Geng Apoi itu tumpas diberkas polis pada malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komissioner A.A. Anbalagan berkata, kumpulan penjenayah tersebut dianggotai empat individu terdiri daripada warga tempatan dan warga Indonesia.

"Antara yang diberkas dua suspek warga tempatan berasal daripada Perlis dan Perak manakala dua lagi suspek merupakan warga Indonesia.

"Dua suspek warga tempatan merupakan penganggur manakala dua lagi suspek warga Indonesia bekerja sebagai pembantu kedai runcit, kesemua suspek berumur antara 20 hingga 30 tahun," katanya.

Beliau berkata demikan ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada Jumaat.

Katanya, kumpulan ini dikenal pasti bergiat aktif melakukan jenayah samun di sekitar kawasan Serdang dan Lembah Kelang.

"Modus operandi kumpulan ini adalah mereka akan menukar 'cover set' motosikal setiap kali sebelum melakukan jenayah samun, dalam masa sama mereka juga akan menyamar sebagai pelanggan sebelum bertindak melakukan jenayah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan dijalankan pihak polis mendapati kumpulan ini bergiat aktif selama enam bulan melakukan kegiatan jenayah ini," katanya.

Menurutnya, dengan tumpasnya kumpulan berkenaan, pihak polis berjaya menyelesaikan enam kes samun melibatkan premis 24 jam.

"Kesemua suspek kini ditahan dan direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya.

Pada 24 Mei, polis menerima laporan mengenai satu kes samun melibatkan sebuah kedai serbaneka 24 jam.

Ketika kejadian, seorang mangsa warga asing yang merupakan pekerja di kedai serbaneka berkenaan didatangi dua individu yang berpura-pura bertanyakan kad prabayar sebelum bertindak menyamun premis tersebut.

Suspek kemudian bertindak menyamun rokok dan wang tunai di dalam mesin juruwang kedai serbaneka tersebut dan kerugian dianggarkan hampir RM8,000.