X

Kindly register in order to view this article
!

Annuar bayang pemilihan UMNO September ini

Annuar
A
A

SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa membayangkan mesyuarat perwakilan bahagian dan pemilihan UMNO untuk semua jawatan akan dilaksanakan pada September depan bagi menepati peruntukan dalam perlembagaan parti.

“Insya-ALLAH bulan September, mesyuarat perwakilan bahagian dan pemilihan semua jawatan dalam parti akan diadakan menepati peruntukan dalam Perlembagaan UMNO. Melainkan ada ‘nawaitu’ dan jajaran pemikiran lain,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan UMNO hampir pasti menangguhkan pemilihan parti itu selepas majoriti ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bersetuju untuk menangguhkannya selama 18 bulan.

Mengulas lanjut, Annuar yang merupakan Ahli Parlimen Ketereh berkata, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui suratnya bertarikh 10 Mei kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan telah menyatakan parti itu boleh mengadakan mesyuarat dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk bersidang secara maya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Hanya empat ahli Parlimen UMNO sokong undi tidak percaya jika ada'

“Beliau juga mencadangkan pilihan iaitu UMNO menangguhkan sekejap sehingga keadaan mengizinkan.

“Ini bermakna apabila Parlimen diizinkan bersidang, maka UMNO juga boleh bersidang,” katanya.

Beliau dalam masa sama turut menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) memberikan ‘fatwa’ berkenaan mesyuarat perwakilan dan pemilihan UMNO secara adil dan telus.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!