X

Kindly register in order to view this article
!

Maqis sumbang rampasan ayam sejuk beku kepada Zoo Melaka

Ahmad (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan bekalan makanan haiwan Maqis kepada Shadan (dua dari kiri). Hadir sama Siti Nur (kanan).
A
A

MELAKA - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyerahkan sumbangan bekalan makanan haiwan kepada Zoo Melaka pada Jumaat.

Makanan berupa produk ayam sejuk beku itu adalah hasil rampasan yang telah dilucut hak membabitkan kes dari Mei sehingga Jun 2021.

Penyerahan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian I, Datuk Seri Ahmad Hamzah kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Datuk Shadan Othman.

Hadir sama Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Maqis, Siti Nur Ahmad dan Pengarah Maqis Melaka, Nora Dinah Abdul Rahman.

Datuk Seri Ahmad (tengah) menyampaikan sumbangan bekalan makanan haiwan Maqis kepada Shadan di Zoo Melaka pada Jumaat.
Datuk Seri Ahmad (tengah) menyampaikan sumbangan bekalan makanan haiwan Maqis kepada Shadan di Zoo Melaka pada Jumaat.

Ahmad berkata, Maqis telah menyumbangkan sejumlah tiga tan ayam sejuk beku dengan nilai rampasan RM27,270 yang datang dari Thailand.

"Kesemua bungkusan ayam sejuk beku itu ditahan semasa cuba dibawa masuk dari negara jiran ke Malaysia melalui pangkalan haram tebing Sungai Golok di Rantau Panjang Kelantan.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua bekalan ini tidak memiliki dokumen seperti permit import Maqis, sijil kesihatan veterinar dan sijil halal," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, Maqis komited melaksanakan tanggungjawab sosial untuk membantu dan memberi sumbangan kepada pihak yang memerlukan seperti Zoo Melaka.

Katanya, inisiatif ini diharap dapat membantu pihak Zoo Melaka dari segi kelancaran operasi, selain menampung bekalan makanan untuk haiwan-haiwan di bawah jagaan mereka.

"Pihak Maqis bertegas dalam menguatkuasakan perlaksanaan undang-undang negara bagi memastikan isu-isu yang melibatkan aspek halal, keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak berbahaya yang boleh mengancam industri pertanian dan penternakan negara dapat dibendung serta dikawal di kesemua pintu masuk," katanya.

Antara bekalan makanan haiwan sejuk beku yang diserahkan kepada pihak Zoo Melaka.
Antara bekalan makanan haiwan sejuk beku yang diserahkan kepada pihak Zoo Melaka.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!