Had pengoperasian LTSAAS kekal kepada MAHB

MAHB bertanggungjawab mengembangkan LTSAAS sebagai hab aeroangkasa antarabangsa mengikut keputusan kabinet pada 2 Mac 2005.
MAHB bertanggungjawab mengembangkan LTSAAS sebagai hab aeroangkasa antarabangsa mengikut keputusan kabinet pada 2 Mac 2005.
A
A
A

PUTRAJAYA - Had pengoperasian Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang kekal di bawah Perjanjian Pajakan yang diberikan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan pada Jumaat memberitahu, ia bertujuan mengendali, mengurus menyelenggara termasuk menetap, mengguna dan mengawal LTSAAS sehingga tahun 2034 dan 2067.

"MAHB bertanggungjawab mengembangkan LTSAAS sebagai hab aeroangkasa antarabangsa mengikut keputusan kabinet pada 2 Mac 2005," menurut kenyataan itu.

MOT dalam kenyataan sama memberitahu, tiada keputusan lain dibuat untuk mengubah perkara itu.

"Kerajaan memahami dan mengulangi pendirian bahawa usaha dan pertimbangan sewajarnya diperlukan sebelum membuat keputusan akhir mengenai aset-aset strategik awam yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia seperti LTSAAS.

"Justeru, orang ramai diminta berhenti menyebarkan maklumat salah mengenai perkara itu," kata kenyataan berkenaan.

Tambah kenyataan itu, tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyebarkannya.

Pada 7 Mei lalu, kerajaan terbuka dalam menerima cadangan oleh mana-mana pihak bagi tujuan mengembangkan aset baharu atau sedia ada namun tiada sebarang keputusan dibuat oleh kabinet untuk meluluskan penjualan mana-mana bahagian LTSAAS kepada sektor swasta seperti didakwa.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tiada perancangan jual LTSAAS

Syed Saddiq selar tindakan PN cuba pajak, jual LTSAAS