X

Kindly register in order to view this article
!

Paraguay memang layak menang

Almiron meraikan jaringannya yang merupakan gol kedua Paraguay ketika menentang Chile.
A
A

PENGENDALI Paraguay, Eduardo Berizzo menyifatkan kejayaan pemain-pemain Albirroja mengekang pergerakan jentera Chile merupakan titik tolak kepada keputusan positif membolehkan pasukan itu melangkah ke pusingan kalah mati Copa America 2021 kali ini.

Malah menurut Berizzo, anak-anak buahnya telah mempamerkan persembahan bertenaga ketika mengekang asakan bekas juara dua kali kejuaraan berprestij bola sepak Amerika Selatan tersebut.

"Saya percaya keputusan diperolehi Paraguay dalam perlawanan ini merupakan satu keputusan yang adil, ini kerana kami menentang pasukan berprofil tinggi seperti Chile.

"Gaya permainan berparti di kawasan pertahanan dan bahaya dalam setiap serangan ternyata memberi kesan kepada pergerakan pemain pasukan lawan.

"Taktikal Paraguay pada perlawanan ini juga memberikan tekanan optimum kepada jentera lawan, paling menarik pemain-pemain juga mengunakan sepenuhnya peluang kealpaan lawan," kata Berizzo.

Albirroja mengesahkan slot kalah mati Copa America 2021 selepas mengejutkan pasukan pilihan Chile 2-0 pada aksi kumpulan di Stadium Mane Garrincha, Brasília.

Dua gol daripada Braian Samudio dan Miguel Almiron sudah cukup untuk memastikan La Albirroja mengatasi barisan La Roja tersebut.

Anak buah Berizzo mendahului babak pertama hasil jaringan sulung antarabangsa Samudio pada minit ke-33 untuk mengakhiri cabaran babak pertama dengan kedudukan 1-0 berpihak sensasi Amerika Selatan tersebut.

Bersambung babak kedua, Chile kendalian Martín Lasarte yang juga bekas pengendali kelab Al Ahly berusia 60 tahun, cuba mengekalkan rekod tanpa kalah dalam enam aksi terakhir selepas dilantik membimbing La Roja.

Namun hasrat Lasarte untuk memberi tekanan kepada pendahulu kumpulan A, Argentina tidak kesampaian apabila Paraguay dihadiahkan sepakan penalti yang disudahkan Almiron pada minit ke-56 untuk kedudukan 2-0.

Keputusan itu membolehkan anak buah Berizzo kini menduduki tangga kedua kumpulan dengan enam mata selepas mengharungi tiga perlawanan satu mata kurang berbanding pendahulu Argentina, manakala Chile pula mengumpul empat mata selepas mengharungi lima perlawanan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!