Jukee Ayam agih 1,000 nasi bungkus percuma

Proses agihan dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan.
Proses agihan dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan.
A
A
A

KOTA BHARU - Peniaga ayam proses terkenal di negeri ini Zukila Deraman atau Jukee Ayam mengagihkan 1,000 nasi bungkus percuma kepada penduduk yang terjejas dalam tempoh pelaksanaan Perintah Sekatan Penuh.

Penyelia Jukee Ayam M. Rozi Abdul Rahim berkata, agihan berkenaan merupakan perkongsian rezeki kepada penduduk terutama kepada mereka yang tidak dapat keluar mencari rezeki.

"Kami amat berharap sumbangan kecil ini dapat menceriakan penerima yang terkesan akibat pandemik Covid-19," katanya ketika ditemui di Kedai Jukee Ayam di sini, pada Jumaat.

Menurutnya, setiap penerima akan mendapat dua nasi kukus dan dua nasi lemak.

Katanya, sumbangan ini merupakan rutin yang dilakukan bagi membantu golongan memerlukan.

Beliau memberitahu, sebelum ini Jukee Ayam telah mengagihkan sebanyak 5,000 ayam segar kepada orang ramai di Kelantan dan Terengganu bagi meringankan beban mereka yang terjejas dengan pandemik.

Sementara itu, seorang penerima Zulkefli Abdul Aziz, 40, memuji inisiatif tersebut untuk mengurangkan beban golongan kurang bernasib baik.

Katanya, hebahan mengenai nasi bungkus percuma ini diketahui menerusi Facebook.

Artikel Berkaitan:

"Saya datang seawal jam 9.30 pagi bersama isteri. Pemberian ini membantu meringankan beban saya dan keluarga sepanjang pelaksanaan perintah ini," katanya.