Chingay 2019 sasar penganjuran paling bersih

Cai Tung (kanan) bersama Hong Pin (dua, kiri) menyempurnakan gimik pelancaran KITAR3cycle.
Cai Tung (kanan) bersama Hong Pin (dua, kiri) menyempurnakan gimik pelancaran KITAR3cycle.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sempena Pesta Perarakan Chingay pada 25 Februari ini, SWM Environment akan melaksana dan mengaktifkan operasi khas melibatkan 200 tenaga kerjanya.

Exco Pembangunan Wanita dan Pelancongan Johor, Liow Cai Tung berkata, sebanyak 15 jentera operasi SWM Environment juga akan ditugaskan dalam operasi tersebut.

"Sempena Pesta Perarakan Chingay, SWM Environment terlibat dengan menyediakan perkhidmatan pembersihan awam sebagai inisiatif CSR.

"Setiap tahun Chingay merupakan satu program signifikan di Johor Bahru. Seramai 300,000 pelancong dari dalam dan luar negeri ini, termasuklah luar negara akan hadir," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran Program KITAR3cycle di Taman Molek semalam.

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi negeri, Tan Hong Pin; Datuk Bandar MBJB, Datuk Amran A Rahman; Pengarah Eksekutif SWM Environment, Dr Uzir Abd Malik serta Pengurus Wilayah Johor SWM Environment, Mohd Zan Arris.

Sementara itu, Hong Pin berkata, Pesta Perarakan Chingay kali ini merupakan yang pertama di bawah kerajaan negeri baharu.

"Kita hendak Chingay kali ini merupakan Chingay paling bersih dalam sejarah penganjuran Chingay. Jadi tekanan itu bukan sahaja kepada SWM tetapi juga keseluruhan masyarakat," katanya.

Artikel Berkaitan: