Masjid Kampung Panching wujudkan foodbank bantu penduduk

Pengurusan Masjid Kampung Panching memaklumkan pembukaan kiosk foodbank di masjid itu.
Pengurusan Masjid Kampung Panching memaklumkan pembukaan kiosk foodbank di masjid itu.
A
A
A

KUANTAN - Menyedari ramai kehilangan sumber pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendorong pihak pengurusan Masjid Kampung Panching di sini menyediakan barangan keperluan secara percuma dengan mewujudkan foodbank di masjid terbabit.

Pengerusi Masjid Kampung Panching, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, kewujudan kiosk makanan itu boleh diibaratkan sebagai talian hayat buat penduduk yang terjejas untuk mendapat bekalan makanan dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

"Kita yakin jumlah mereka yang mendapatkan bantuan bekalan makanan menerusi foobank di masjid ini akan meningkat sekiranya PKP akan dilanjutkan lagi.

"Jadi bagi penduduk yang terputus bekalan makanan, mereka tak perlu malu untuk datang mengambil barangan keperluan di sini," katanya ketika ditemui di Masjid Kampung Panching pada Jumaat.

Pelbagai barangan keperluan disediakan termasuk beras, susu, gulu, mi, bihun dan sardin serta sebagainya.

Beliau berkata, pihaknya amat gembira kerana dapat membantu meringankan beban dalam kalangan mereka yang terkesan terutama penduduk yang kehilangan punca pendapatan.

Tambahnya, pihaknya turut berterima kasih di atas sumbangan yang disalurkan orang ramai bukan sahaja membabitkan wang tunai malah barangan keperluan harian yang dihantar terus ke masjid.

"Kita (pihak masjid) sentiasa terbuka untuk menghulurkan bantuan dan diharapkan usaha ini dapat mendekatkan mereka dengan masjid," katanya.

Artikel Berkaitan: