Pusat hiburan gajikan GRO warga asing, ingkar SOP diserbu

Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur, pada Khamis yang beroperasi ketika tempoh Sekatan Pergerakan Penuh.
Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur, pada Khamis yang beroperasi ketika tempoh Sekatan Pergerakan Penuh.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin Perkasa, di sini bukan sahaja menggajikan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing tetapi turut dikesan meneruskan operasi ketika tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, serbuan kira-kira jam 10.20 malam pada Khamis itu dijalankan sepasukan anggota Cawangan D7 serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Menurutnya, seramai 12 individu termasuk sembilan wanita telah ditahan dalam Ops Pematuhan itu.

"Semakan mendapati kesemua wanita itu terdiri daripada tujuh warga Vietnam dan dua Laos kerana disyaki bekerja sebagai GRO selain gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

"Tiga suspek lelaki pula adalah seorang warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan perjudian dan dua warga Bangladesh merupakan pekerja premis terbabit," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, pelbagai barang telah dirampas antaranya telefon bimbit serta peralatan audio.

Tambahnya, seramai sembilan lelaki tempatan turut dikompaun kerana terlibat dengan aktiviti terlarang iaitu aktiviti hiburan.

"Ujian saringan air kencing yang dijalankan pula mengesahkan 12 individu iaitu enam lelaki tempatan, seorang lelaki Bangladesh serta lima wanita Vietnam positif dadah

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021," katanya.