X

Kindly register in order to view this article
!

Sarjan direman kes rasuah RM31,000

Mahkamah Majistret Georgetown pada Jumaat membenarkan suspek direman enam hari sehingga 30 Jun untuk membantu siasatan kes rasuah membabitkan jumlah RM31,000.
A
A

GEORGETOWN - Seorang anggota polis berpangkat sarjan direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima rasuah melibatkan wang RM31,000.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret R Manomani di Mahkamah Majistret Georgetown, di sini kira-kira jam 10.30 pagi, Jumaat selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Manomani membenarkan reman ke atas suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim itu bermula hari ini sehingga 30 Jun untuk membantu siasatan.

Suspek tiba di Kompleks Mahkamah Georgetown dengan berpakaian lokap SPRM dan bergari serta diiringi beberapa pegawai SPRM termasuk peguamnya, Cheah Eng Soon.

Difahamkan, suspek ditahan selepas menerima wang berjumlah RM10,000 dalam satu operasi yang dijalankan oleh SPRM pada Khamis.

Wang itu diminta dan diterimanya sebagai dorongan untuk menutup siasatan kes penipuan yang dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Hasil siasatan, suspek dipercayai meminta wang RM15,000 bagi menutup siasatan kes tersebut yang mana, sebelum itu dia sudah menerima sebanyak RM6,000 daripada mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!