X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan tidak gunakan darurat selesai masalah Covid-19

Mohd Razlan Rafii
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii mendakwa bahawa kerajaan tidak menggunakan kuasa darurat dengan sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah pandemik Covid-19.

Menurut beliau, perkara tersebut terbukti apabila data-data kes menunjukkan peningkatan dan ia membahayakan nyawa rakyat.

“Ya, kerajaan berlaku adil, kerajaan laksanakan satu tindakan drastik. Tapi hasilnya, data yang menunjukkan bahawa keputusan yang dibuat ini agak lambat sehinggakan ia membahayakan nyawa rakyat.

“Sekiranya perkara ini dapat diperhalusi, kita tidak akan sampai 10,000 kes dalam tempoh darurat. Ada banyak tindakan kerajaan yang tidak gunakan akta darurat sepenuhnya. Kita pernah dijadikan contoh sebelum tempoh darurat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wacana Sinar edisi ke-268 yang bertajuk 'UMNO dan PN Selepas 14 Hari: Apa Pula Selepas Ini' yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.

Edlynna Hanie (kiri) dan Mohd Razlan pada program Wacana Sinar edisi ke-268 yang bertajuk 'UMNO dan PN Selepas 14 Hari: Apa Pula Selepas Ini' yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.
Edlynna Hanie (kiri) dan Mohd Razlan pada program Wacana Sinar edisi ke-268 yang bertajuk 'UMNO dan PN Selepas 14 Hari: Apa Pula Selepas Ini' yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.

Turut menjadi panelis, Timbalan Pengerusi Dua Biro Penerangan Bersatu, Dr Afif Bahardin dan Penganalisis Politik, Profesor Dr Sivamurugan Pandian manakala Edlynna Hanie Hamid bertindak sebagai moderator.

Selain itu, Mohd Razlan turut berharap agar kerajaan dan kabinet dapat mengkaji dan perbaiki punca serta kluster yang wujud sejak kebelakangan ini.

Jelasnya, ini kerana terdapat banyak kluster tempat kerja khususnya di kilang telah menjadi punca kepada penyebaran wabak Covid-19 biarpun negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita dah cakap, tutup kilang. Buat PKP macam masa bulan Mac tahun lepas. Kita pernah buat, dan hasilnya berjaya.

“Ini dilihat ada permintaan industri dan permintaan nyawa, ada di antara menteri yang mementingkan untuk permintaan industri. Sebab itu wujud banyak kluster baharu di kilang.

“Ini yang saya cakap, kerajaan tolong fokus apabila melibatkan nyawa rakyat. Kalau perlu duduk dekat rumah dua minggu. Kita buat. Rakyat suka,” ujarnya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!