11 ditahan berpesta dadah dalam inap desa

11 individu termasuk lima wanita ditahan kerana disyaki terbabit dengan pesta dadah di sebuah kondominium di Kompleks BM City, Bandar Perda, Bukit Mertajam pada awal pagi Jumaat.
11 individu termasuk lima wanita ditahan kerana disyaki terbabit dengan pesta dadah di sebuah kondominium di Kompleks BM City, Bandar Perda, Bukit Mertajam pada awal pagi Jumaat.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seramai 11 individu termasuk lima wanita ditahan kerana disyaki terbabit dengan pesta dadah di sebuah kondominium di Kompleks BM City, Bandar Perda di sini pada awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, serbuan pada jam 12.01 tengah malam itu hasil maklumat orang awam yang melihat kumpulan berkenaan dalam keadaan mencurigakan di kawasan kediaman terbabit.

Menurutnya, selepas intipan, polis bertindak menyerbu unit inap desa yang disewa kumpulan itu sebelum mendapati mereka sedang berkumpul di ruang tamu.

"Pemeriksaan di kawasan ruang tamu menemui dua peket lut sinar mengandungi 14 biji pil ekstasi dan serbuk putih dipercayai ketamin seberat 4.7 gram.

"Ujian saringan air kencing terhadap semua suspek mendapati lima lelaki yang ditahan positif dadah, manakala empat lagi negatif," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Shafee berkata, selain kesalahan dadah, kumpulan terbabit juga didapati ingkar dengan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berkumpul tanpa melakukan penjarakkan fizikal.

"Kesemua yang ditahan berusia 18 hingga 25 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) akta yang sama," katanya.

Tambah beliau, kesemua mereka turut dikenakan kompaun mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Artikel Berkaitan: