Copa America: Uruguay akhiri kemarau kemenangan

Aksi bertenaga Cavani ketika berdepan Bolivia pada saingan Copa America 2021 di Stadium Arena Pantanal, Cuiaba sebentar tadi.
Aksi bertenaga Cavani ketika berdepan Bolivia pada saingan Copa America 2021 di Stadium Arena Pantanal, Cuiaba sebentar tadi.
A
A
A

URUGUAY kembali menghidupkan peluang mara peringkat kalah mati saingan Copa America 2021 selepas mengatasi Bolivia 2-0 pada aksi di Stadium Arena Pantanal, Cuiaba sebentar tadi.

Tampil dengan misi hanya tiga mata dapat menghidupkan peluang mara ke peringkat kalah mati, La Celeste terlebih dulu di depan hasil jaringan sendiri pemain lawan Carlos Lampe pada minit ke-40.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Oscar Tabárez yang dikritik longlai dalam dua perlawanan terdahulu setelah tewas 1-0 kepada Argentina, seri 1-1 dengan Chile kembali lebih garang.

Hasilnya, gawang La Verde kendalian pengendali, César Farías bolos lagi, kali ini hasil jaringan bintang sensasi Manchester United, Edinson Cavani pada minit ke-80.

Tiga mata menyaksikan Uruguay kini mengumpul empat mata manakala Bolivia kekal tangga tercorot tanpa sebarang mata selepas mengharungi tiga perlawanan peringkat kumpulan A.

Uruguay bakal menentang Paraguay manakala Bolivia menentang Argentina pada perlawanan keempat masing-masing selepas ini.

Artikel Berkaitan: