Tiada lagi peraturan gol tempat lawan

Juventus antara kelab terkesan dengan peraturan gol tempat lawan pada saingan Liga Juara-Juara 2020/21 ketika tewas kepada FC Porto.
Juventus antara kelab terkesan dengan peraturan gol tempat lawan pada saingan Liga Juara-Juara 2020/21 ketika tewas kepada FC Porto.
A
A
A

KESATUAN Bola Sepak Eropah (UEFA) memansuhkan peraturan gol tempat lawan bagi pertandingan kendalian badan induk tersebut musim depan.

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin berkata, peraturan gol tempat lawan tidak lagi memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah.

"Jurulatih, penyokong dan pemegang taruh bola sepak mempersoalkan keadilannya, menyebabkan ramai cenderung mahu peraturan ini dihapuskan walaupun terdapat banyak perdebatan pendapat mengenai isu ini.

"Jika diperhalusi impak peraturan itu sekarang mengatasi tujuan asalnya, malah menggalakkan pasukan tuan rumah terutama di babak pertama daripada menyerang kerana bimbang dibolosi.

"Jawatankuasa Eksekutif UEFA mengambil keputusan ini setelah mengambil kira gaya permainan di sekitar Eropah, selain pelbagai faktor yang menjurus kepada penyusutan kelebihan sebagai tuan rumah termasuk kualiti padang, infrastruktur stadium dan teknologi baru seperti pembantu pengadil video," ujar Ceferin.

Untuk rekod, peraturan gol tempat lawan diperkenalkan pada 1965, digunakan untuk menentukan pemenang aksi timbal balik sekiranya perlawanan berakhir dengan keputusan seri secara agregat.

Pendirian terbaharu badan induk bola sepak Eropah itu bakal menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan kemudian penalti sekiranya

pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama selepas aksi timbal balik.

Artikel Berkaitan: