MEF minta industri seni dibenar beroperasi ketika PKP

Shamsuddin Bardan
Shamsuddin Bardan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) memohon kerajaan membenarkan industri seni dan kreatif beroperasi ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, ia penting bagi memastikan kelangsungan ekonomi dan survival anak seni yang sangat terkesan akibat pandemik Covid-19.

"Sememangnya setiap industri perlu waspada agar tidak terkena jangkitan virus tetapi tidak semestinya tidak benarkan operasi.

“Sekiranya semua ahli industri mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan kerajaan, maka kegiatan seni tidaklah boleh dikatakan aktiviti yang menimbulkan jangkitan Covid-19," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk 'PKP 3.0: Survival Anak Seni' yang disiarkan secara langsung melalui Bernama TV malam Khamis.

Dalam hal ini Shamsuddin berkata, kerajaan atau Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) perlu mengeluarkan SOP jelas agar anak seni boleh bergiat semula dan menjana ekonomi masing-masing.

Dalam masa sama beliau memohon agar anak-anak seni yang terlibat dapat diberikan suntikan vaksin secepat mungkin. - Bernama

Artikel Berkaitan: