Harimau Selatan terus himpit Lang Merah

Pemain JDT, Diogo Luis Santo menanduk bola dari dirampas oleh pemain Melaka pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 Johor Darul Ta'zim menentang Melaka di Stadium Tan Sri Dato'Haji Hassan Yunos malam ini. - Foto Bernama
Pemain JDT, Diogo Luis Santo menanduk bola dari dirampas oleh pemain Melaka pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 Johor Darul Ta'zim menentang Melaka di Stadium Tan Sri Dato'Haji Hassan Yunos malam ini. - Foto Bernama
A
A
A

PENYANDANG juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali mengekori rapat pendahulu Liga Super, Kedah apabila kedua pasukan berkongsi 10 mata selepas Harimau Selatan menundukkan Melaka United, sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin itu Skuad Harimau Selatan dilihat terselamat daripada kehilangan mata apabila melakar kemenangan tipis 2-1.

Bermula babak pertama, pelawat terlebih dahulu menguji gawang JDT, apabila rembatan pemain tengah Melaka, Darko Markovic, bagaimanapun sepakannya pada minit ke-7 itu sekadar melintasi palang gol.

Gonzalo Cabrerra kemudiannya membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ke-34 menerusi sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Melaka, Jang Sukwon.

Tidak menunggu lama, Safawi Rasid kemudiannya menambah jaringan buat tuam rumah menerusi gerakan solo dari luar kota penalti yang kemudiannya berjaya menewaskan penjaga gol Melaka.

Bersambung babak kedua, skuad Hang Tuah kendalian Zainal Abidin Hassan agresif mencari jaringan kembali mengasakan menerusi gandingan pemain tengah mereka Liridon Krasniqi dan Safiq Rahim.

Gol pelawat hadir pada minit ke-77 selepas Patrick Reichelt yang menyempurnakan lorongan kemas dari Mohd Raimi Md Nor dari arah kiri.

Keputusan kekal 2-1 hingga wisel penamat.

Artikel Berkaitan: