Hapuskan tol, kita perlukan masa tidak boleh petik jari

Hasanuddin ketika memberi ceramah di Taman Seri Jenaris, di sini, hari ini.
Hasanuddin ketika memberi ceramah di Taman Seri Jenaris, di sini, hari ini.
A
A
A

SEMENYIH - Pemansuhan tol perlu mengambil sedikit masa lagi kerana penghapusannya perlu mengambil kira banyak faktor.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, oleh itu langkah kerajaan yang memperkenalkan makanisma baharu pembayaran tol merupakan satu tindakan awal kerajaan untuk memansuhkan keseluruhan tol.

"Pemansuhan tol kita perlukan masa kita tak boleh petik jari sahaja," katanya ketika memberi ceramah di Taman Seri Jenaris, di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:PH hapus mekanisme kutipan tol sedia ada, perkenal formula baharu

Beliau berkata demikian mengulas pengisytiharan kerajaan hari ini yang memperkenalkan caj kesesakan sebagai satu langkah awal untuk memansuhkan tol.

Menerusi pendekatan itu, kadar tol akan dihapuskan sama sekali pada waktu “off-peak” antara jam 11 malam dan 5 pagi, dimana penggunaan lebuhraya adalah percuma.

Menerusi pendekatan itu juga menyatakan pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa.

Lebihan kutipan akan disalurkan kepada satu dana pengangkutan awam, diguna untuk meningkat kualiti pengangkutan awam seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu lagi, PH telah berjanji di dalam manifesto pilihan raya lepas untuk mengambil alih konsesi lebuhraya bertol dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat, menurut terma perjanjian konsesi.

Kerajaan PH telah berjanji dalam manifesto pilihan rayanya lalu untuk mengambil alih konsesi lebuh raya bertol dan menghapuskan bayaran secara berperingkat menurut terma perjanjian konsesi.

Dalam pada itu mengulas lanjut, katanya kerajaan baharu perlu mengambil masa untuk menyelesaikan masalah negara kerana terpaksa menanggung beban yang besar.