X

Kindly register in order to view this article
!

KKM rekod 20 kluster tempat kerja

KKM merekodkan 30 kluster baharu di mana 20 daripadanya adalah kluster tempat kerja. - Gambar hiasan
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 30 kluster baharu di mana 20 daripadanya adalah kluster tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan lapan kluster tempat kerja.

Menurut beliau, KKM juga mengesan tiga kluster tempat kerja di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

"Sementara itu, masing-masing dua kluster tempat kerja dikenalpasti di Johor, Kedah dan Kuala Lumpur selain Perak, Pahang, Sarawak mencatatkan satu kluster.

"Sembilan kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi turut dikesan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan adalah 2,720 kluster.

"Sebanyak 1,853 kluster telah diisytiharkan tamat, manakala 867 masih aktif," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai salah satu kluster komuniti, Dr Noor Hisham berkata, aktiviti ziarah menziarahi di Taman Senai Jaya, Kulai, Johor telah mencetuskan Kluster Jalan Senai Jaya Satu.

"Kes indeks seorang wanita berusia 25 tahun telah bergejala pada 15 Jun sebelum disahkan positif Covid-19 dua hari kemudian.

"Seramai 16 individu di kawasan tersebut turut dijangkiti wabak berkenaan," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!