X

Kindly register in order to view this article
!

6,000 warga PDRM di Kuala Lumpur divaksin

Annuar Musa
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 6,000 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur akan menerima dos vaksin menerusi program vaksinasi bergerak [email protected] fasa kedua oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) untuk mencapai sasaran tahap imunisasi kelompok di sini menjelang Ogos.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, fasa kedua itu turut memberi fokus kepada golongan yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 terutama petugas barisan hadapan di Wilayah Persekutuan selain melibatkan pusat penempatan anggota PDRM di Desa Aman dan Desa Tasik, WP Kuala Lumpur.

Beliau berkata, empat trak vaksin bergerak di Desa Aman dan satu trak di Desa Tasik membabitkan kapasiti 600 dos vaksin sehari di lokasi itu.

“Seramai tiga doktor, lima jururawat, dua paramedik, empat petugas bukan perubatan (pentadbiran) dan lebih 50 orang sukarelawan akan bertugas di setiap lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Melalui kenyataan itu juga, Annuar memaklumkan KWP menyasarkan untuk meningkatkan kadar pemberian vaksin di seluruh kawasan Wilayah Persekutuan dengan pertambahan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega dan PPV oleh pihak swasta.

“KWP mensasarkan 40 trak bagi Program Vaksinasi Bergerak [email protected] dengan 33,000 suntikan vaksin dalam sehari untuk dilaksanakan di WP Kuala Lumpur termasuk Putrajaya dan Labuan.

“Sasaran itu mampu dicapai menerusi pertambahan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega selain PPV di klinik dan hospital swasta serta vaksinasi melalui Program Vaksinasi Bergerak [email protected],” katanya.

Dalam pada itu, Annuar turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) serta jabatan dan agensi kerajaan yang lain.

[email protected] ini juga mendapat sokongan teknikal dan logistik daripada pelbagai pihak termasuk sukarelawan PriVo serta persatuan penduduk di Wilayah Persekutuan,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!