Covid-19: Enam kes libatkan VOC dikesan dalam tempoh tiga hari

KKM mengesan enam kes VOC melibatkan lima kes varian Beta dan satu kes varian Delta bagi tempoh 20 hingga 22 Jun. - Gambar hiasan
KKM mengesan enam kes VOC melibatkan lima kes varian Beta dan satu kes varian Delta bagi tempoh 20 hingga 22 Jun. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan enam kes Varian Yang Membimbangkan (VOC) melibatkan lima kes varian Beta dan satu kes varian Delta bagi tempoh 20 hingga 22 Jun, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau sebelum itu berkata, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia terus meningkat kepada 716,847 selepas 5,841 kes baharu dilaporkan pada Khamis.

Menurutnya daripada jumlah itu, Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 2,072.

Artikel Berkaitan: