X

Kindly register in order to view this article
!

Mais, JAIS tingkat kesedaran vaksin

Abdul Aziz Mohd Yusof
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan memperkasa peranan ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan surau di Selangor untuk membantu meningkatkan tahap kesedaran pendaftaran vaksin di kalangan ahli kariah.

Institusi agama itu bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga akan memperkasa peranan ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan surau di Selangor bagi membantu meningkatkan tahap kesedaran pendaftaran vaksin dalam kalangan kariah.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, walaupun aktiviti bersemuka di masjid atau surau amat terhad tetapi masih boleh dilaksanakan dalam talian secara meluas dan mereka berpeluang memberi maklumat berkaitan pengambilan vaksin.

“MAIS berharap dengan adanya pendekatan ini, ia boleh menimbulkan kesedaran dan kefahaman kepada ahli kariah yang tinggal berdekatan masjid atau surau mengenai kepentingan mengambil vaksin Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Abdul Aziz turut menyeru kepada semua masyarakat Islam khususnya diSelangor untuk bersama membantu usaha kerajaan dalam memerangi penularan pandemik Covid-19 dan melancarkan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Ujarnya, tindakan kerajaan Persekutuan dan Selangor menyediakan vaksinasi kepada rakyat bagi melindungi rakyat negara ini dari wabak Covid-19 adalah usaha murni yang perlu disokong.

“Bagi membantu pelaksanaan PICK serta mencapai imuniti kelompok dengan segera, MAIS mengajak umat Islam khususnya yang menetap di Selangor untuk mengambil vaksin yang disediakan dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.

“Umat Islam diminta untuk yakin bahawa vaksin yang ditawarkan oleh kerajaan adalah halal, selamat dan telah melalui proses penilaian yang ketat serta semakan membabitkan semua aspek,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!