MAINS agih 1,744 tablet kepada asnaf

Pegawai MAINS menyerahkan tablet kepada salah seorang asnaf.
Pegawai MAINS menyerahkan tablet kepada salah seorang asnaf.
A
A
A

SEREMBAN - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mengagihkan sebanyak 1,744 tablet kepada keluarga asnaf yang memerlukan di seluruh Negeri Sembilan dengan kos keseluruhan berjumlah RM905,136.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Agihan Zakat MAINS, Mahadi Ali berkata, pihaknya juga menyalurkan bantuan langganan internet selama 12 bulan, dengan kos keseluruhan berjumlah RM665,510.40 melalui amanah zakat.

"Inisiatif bantuan ini bertujuan membantu pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran secara dalam talian di rumah dan memudahkan tugasan-tugasan yang berkaitan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Tambahnya, bagi memudahkan urusan penyerahan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Penuh ini, pihaknya turut menyampaikan sumbangan secara pandu lalu.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Pusat Zakat Negeri Sembilan telah membuat agihan zakat pada April lalu sebanyak RM12.4 juta.

Katanya, agihan tersebut termasuk bantuan kepada fakir dan miskin sebanyak RM4.9 juta; mualaf RM310,496, fisabillillah (RM1.1 juta); amil (RM1.8 juta); riqab (RM4 juta); gharimin (RM169,088) dan ibnu sabil (RM910).

Artikel Berkaitan: