Terengganu tunggu maklum balas MKN

Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri
A
A
A

HULU TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan menunggu maklum balas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung kaedah terbaik yang akan digunakan bagi melaksanakan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Terengganu bersedia mengadakan sidang DUN dan perbincangan mengenainya akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

"Sidang DUN akan diadakan setelah mendapat kepastian daripada MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum tarikh yang sesuai ditetapkan.

“Namun, dalam tempoh terdekat ini saya akan mengadakan perbincangan dengan Yang Dipertua DUN (Datuk Yahaya Ali) berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kuala Berang di sini pada Khamis.

Ahmad Samsuri beramah mesra bersama penerima vaksin ketika melawat PPV Kuala Berang pada Khamis.
Ahmad Samsuri beramah mesra bersama penerima vaksin ketika melawat PPV Kuala Berang pada Khamis.

Kali terakhir sidang DUN Terengganu berlangsung secara bersemuka pada 23 hingga 25 November tahun lalu selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini ditamatkan lebih awal ketika itu.

Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen perlu segera bersidang terutama bagi membincangkan usaha memerangi penularan Covid-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat.

Artikel Berkaitan: