Tiga premis judi degil dipotong elektrik

Kakitangan SESB memutuskan bekalan elektrik di premis yang disyaki dijadikan pusat perjudian dalam talian.
Kakitangan SESB memutuskan bekalan elektrik di premis yang disyaki dijadikan pusat perjudian dalam talian.
A
A
A

KOTA BELUD - Tidak serik dan degil. Itu yang dapat digambarkan bagi pemilik tiga premis di dua kampung di daerah ini yang dipercayai masih menjalankan kegiatan perjudian dalam talian walaupun sudah beberapa kali diserbu sebelum ini.

Tiga premis yang terletak di Kampung Sembirai dan Kampung Taun Gusi itu diserbu sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin berkata, ketiga-tiga premis berkenaan pernah diserbu, namun premis itu dilihat masih terus menjalankan operasi mereka.

"Serbuan hari ini dijalankan dengan kerjasama Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bagi menjalankan operasi memotong bekalan elektrik terhadap premis yang disyaki dijadikan pusat perjudian dalam talian.

"Operasi ini akan diteruskan dari masa ke masa dalam usaha melumpuhkan kegiatan perjudian daripada terus berleluasa," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Tambah beliau, tindakan memotong bekalan elektrik dengan kerjasama SESB itu akan terus dilakukan untuk membasmi perjudian tanpa lesen yang sah di daerah ini.

Artikel Berkaitan: