Serang kenalan wanita kerana cinta ditolak

Seorang lelaki warga Myanmar bertindak menyerang kenalan wanita senegaranya menggunakan pisau di hadapan sebuah kedai di Jalan Wangsa 3/5 Taman Wangsa Permai Desa Jaya pada Rabu, gara-gara cemburu cintanya ditolak. - Gambar hiasan
Seorang lelaki warga Myanmar bertindak menyerang kenalan wanita senegaranya menggunakan pisau di hadapan sebuah kedai di Jalan Wangsa 3/5 Taman Wangsa Permai Desa Jaya pada Rabu, gara-gara cemburu cintanya ditolak. - Gambar hiasan
A
A
A

GOMBAK - Seorang lelaki warga Myanmar bertindak menyerang kenalan wanita senegaranya menggunakan pisau di hadapan sebuah kedai di Jalan Wangsa 3/5 Taman Wangsa Permai Desa Jaya di sini pada Rabu, gara-gara cemburu cintanya ditolak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada jam 6.10 petang.

Menurut beliau, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami luka di bahagian leher kanan, dahi kiri dan lengan kanan.

"Mangsa dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati punca mangsa berusia 35 tahun itu diserang dengan kenalannya dipercayai akibat perasaan cemburu suspek yang menaruh rasa cinta terhadap mangsa.

Katanya, mangsa dikatakan enggan menerima cinta suspek berusia 40-an itu.

"Mangsa yang juga pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) pernah diganggu suspek beberapa kali sebelum kejadian," katanya.

Tambahnya, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu dan lokasi suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nur Azrul Amirul Mustafa di talian 03-61262222 atau 011-12300778 bagi membantu siasatan," katanya.