Pengsan sebelum meninggal ketika daki gunung

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki yang mendaki Gunung Besar Hantu di Jelebu dekat sini, dilaporkan maut di puncak gunung berkenaan dalam kejadian petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, pasukannya sebelum itu menerima laporan mengenai kejadian seorang pendaki pengsan sebelum ke lokasi kejadian pada ketinggian 1,200 meter untuk kerja-kerja menyelamat.

Menurutnya, bomba menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.57 petang dan tiba di lokasi 2.40 petang.

“Mangsa dikenali sebagai Rashid Harum berusia 52 tahun beralamat di Seri Kembangan, Selangor dan ketika kejadian mangsa mendaki bersama sekumpulan rakannya.

“Bagaimanapun, mangsa dilaporkan meninggal dunia dan ketika ini usaha untuk menurunkan mangsa sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: