Kontraktor G1, G2 dibenar beroperasi

Kontraktor G1 dan G2 yang dilantik oleh PBT untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan bagi projek berskala kecil dibenar beroperasi berkuat kuasa serta-merta. - Foto Bernama
Kontraktor G1 dan G2 yang dilantik oleh PBT untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan bagi projek berskala kecil dibenar beroperasi berkuat kuasa serta-merta. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kontraktor G1 dan G2 yang dilantik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan bagi projek berskala kecil di bawah PBT dalam tempoh fasa satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dibenar beroperasi berkuat kuasa serta-merta.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataannya pada Khamis berkata, kontraktor berkenaan tidak perlu mendapatkan kebenaran beroperasi melalui sistem CIMS yang diselenggara oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Sebaliknya, kata kementerian itu, surat kebenaran beroperasi akan dikeluarkan oleh PBT bagi mempercepatkan proses kerja.

"Surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan oleh PBT adalah tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kerja Raya (KKR) dan peraturan-peraturan PBT bagi mengekang penularan wabak Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan: