Tiga tapak projek diarahkan tutup di Melaka, Johor

CIDB
CIDB
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) mengarahkan dua tapak projek di Melaka dan satu di Johor diarahkan tutup selepas gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan penularan pandemik Covid-19

CIDB dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan tindakan berkenaan dikeluarkan susulan Operasi Penguatkuasaan PKP 3.0.

Menurut kenyataan itu, operasi di Melaka mendapati 14 daripada 16 tapak bina yang dilawati tidak beroperasi manakala dua tapak yang menjalankan projek pembinaan galeri jualan serta rumah kedai dan satu lagi projek pembinaan bangunan perniagaan lima tingkat didapati tidak patuh SOP dan diarahkan menghentikan operasi serta-merta.

“Antara kesalahan yang dilakukan ialah beroperasi tanpa kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), gagal mempamerkan ikrar akurjanji CIDB dan gagal menyediakan penyelia serta pegawai Covid-19.

“Selain itu, rumah penginapan pekerja yang disediakan juga tidak mendapat kelulusan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau pihak berkuasa tempatan (PBT),” kata kenyataan.

Di Johor pula, kenyataan itu menyebut, satu daripada 19 tapak bina yang dilawati tidak mematuhi SOP dan 15 tapak didapati tidak beroperasi.

“Notis tutup tapak N3E/2021 dikeluarkan kepada kontraktor utama dan notis mengemukakan maklumat mengenai industri pembinaan N2/2015 turut dikeluarkan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: