X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Wan Saiful selar tindakan Ahmad Zahid gesa buka Parlimen

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menyelar tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menggesa pembukaan sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari.

Beliau mendakwa tindakan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu seolah-olah mahu memecahkan kesatuan politik Melayu.

“Dengan hormat, saya melihat Ahmad Zahid seperti buat-buat tidak faham Perlembagaan dan peraturan Parlimen. Tiada soal derhaka atau tidak. Ini soal pentadbiran kerajaan yang berasaskan perundangan dan Perlembagaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada Isnin, UMNO mengemukakan tuntutan kepada kerajaan supaya membuka sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari dan mendakwa bahawa kegagalan berbuat demikian adalah satu perbuatan ‘derhaka’ kepada Raja-Raja Melayu.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, tempoh notis untuk memanggil persidangan Parlimen adalah 28 hari.

“Malahan, Seri Paduka Baginda dan Raja-Raja Melayu menitahkan pentingnya kestabilan politik. Apabila Ahmad Zahid sengaja menggugat kestabilan politik, siapa yang derhaka?” soal Wan Saiful.

ARTIKEL BERKAITAN: 'UMNO beri kerajaan tempoh 14 hari buka Parlimen'

Dalam pada itu, beliau berkata, ramai ahli UMNO yang didakwa mempunyai perbezaan pendapat dengan Ahmad Zahid.

“Terkini kita melihat bukan sahaja menteri, timbalan menteri dan ahli Parlimen daripada UMNO telah memberi reaksi, malahan pemimpin akar umbi UMNO dan komponen Barisan Nasional juga ada yang bersuara.

“Mereka mahu penyatuan politik Melayu dan menolak usaha membawa DAP menjadi kerajaan, apatah lagi usaha menjadikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!