Pemandu cedera parah lori sampah terbalik

Anggota bomba mengangkat seorang pemandu yang cedera parah selepas lori sampah dipandunya terlibat kemalangan di Jalan Bandar Tenggara, Petrajaya, Kota Tinggi, pada Khamis.
Anggota bomba mengangkat seorang pemandu yang cedera parah selepas lori sampah dipandunya terlibat kemalangan di Jalan Bandar Tenggara, Petrajaya, Kota Tinggi, pada Khamis.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang pekerja Southern Waste Management (SWM) cedera parah selepas lori pengangkut sampah milik syarikat konsesi itu yang dipandunya terlibat kemalangan di Jalan Bandar Tenggara, Petrajaya pada Khamis.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rafi Mohd Nor berkata, nahas pada jam 8.51 pagi itu melibatkan lori berkenaan dengan sebuah kereta Proton Wira.

"Pemandu lori, Mohamad Norfais Rosli, 30, dari arah Layang-Layang menuju ke Kota Tinggi manakala Proton Wira dari arah bertentangan.

"Akibat kemalangan tersebut, lori dipandu mangsa terbalik di bahu jalan dan bomba terpaksa mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

"Pemandu Proton Wira yang keluar sendiri daripada kenderaannya patah kaki kiri dan cedera di bahagian muka," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Katanya, seramai 11 anggota, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Beliau berkata, operasi tamat kira-kira jam 9 pagi.

Artikel Berkaitan: