NGO Antarabangsa sokong kerajaan tambah guru

Mustapha Ahmad Merican
Mustapha Ahmad Merican
A
A
A

KOTA BHARU – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa menyokong penuh tindakan kerajaan membuka ruang pekerjaan sebagai guru terutamanya dalam tempoh pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pengerusinya, Datuk Dr Mustapha Ahmad Merican berkata, pengisian lebih 18,000 kekosongan jawatan itu akan memberi nafas lega kepada guru-guru yang lain bagi meringankan beban mereka yang ‘tidak menang tangan’ ketika ini.

“Ia bakal menampung kekurangan yang berlaku di beberapa negeri dan bagi saya, pengambilan ini perlu mengutamakan graduan ijazah pendidikan.

“Sekiranya tidak mencukupi barulah difikirkan calon yang lain tetapi perlulah dilatih di pusat perguruan mengikut suatu tempoh supaya Dasar Pendidikan Negara terperlihara dari segi kualitinya,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Menurutnya, pengumuman jawatan kosong berkenaan adalah sesuatu keputusan yang terbaik kerana keperluan mengisi kekosongan guru bertujuan memartabatkan pendidikan negara.

ARTIKEL BERKAITAN: KPM buka pengambilan khas 18,702 guru gred DG41

Malah katanya, ia juga untuk menjaga kebajikan guru-guru yang terbeban dengan tugas yang terpaksa dipikul akibat kekurangan tenaga kerja terutamanya di sekolah-sekolah yang mempunyai pelajar yang ramai.

“Ini adalah satu usaha murni kerajaan bagi meringankan bebanan guru yang sedia ada. Kita mengharapkan barisan guru baharu ini dapat mewarisi kualiti yang dibawa guru-guru senior walaupun mereka bukan dalam bidang pendidikan.

Artikel Berkaitan:

“Saya juga melihat pengambilan ini sebagai langkah yang tepat dalam menjamin kelancaran pelaksanaan PdPR memandangkan kita masih dalam proses mengawal penularan Covid-19.

“Masalah kekurangan guru di sekolah sememangnya sesuatu yang kritikal dan telah lama berlaku di negara kita. Maka inilah masa yang sesuai untuk kerajaan bertindak, bantulah warga pendidik kita untuk terus berkhidmat cemerlang kepada negara, bangsa dan agama,” katanya.