Pelajar lanjut bidang perubatan di Mesir wajib penuhi syarat minimum

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

SHAH ALAM - Warganegara Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran perubatan ke universiti di Mesir wajib memenuhi syarat kelayakan minimum kemasukan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MPM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Mesyuarat MPM ke-407 bertarikh 22 Jun 2021, telah menetapkan syarat kelayakan minimum di mana sekurang-kurangnya individu tersebut merupakan lepasan matrikulasi, asasi pra-universiti, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), A-Level atau lain-lain peperiksaan yang setara dengannya.

Menurut beliau, tindakan tersebut diambil susulan pemakluman berhubung pengurangan tempoh pengajian daripada enam tahun kepada lima tahun bagi kesemua tujuh buah universiti negara Mesir yang telah diiktiraf oleh MPM, seperti yang tersenarai di dalam Jadual Kedua, Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).

"Beberapa siri perbincangan telah diadakan oleh MPM bersama pelbagai pihak termasuk pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Mesir.

"Mesyuarat tersebut juga bersetuju sekiranya syarat kemasukan minimum ini tidak dipenuhi, bakal graduan dari universiti tersebut mungkin berhadapan dengan masalah untuk berdaftar bersama MPM.

"MPM juga akan mempertimbangkan untuk mengeluarkan universiti-universiti tersebut daripada senarai universiti yang diiktiraf dalam Jadual Kedua, Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012) sekiranya perkara ini berlanjutan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama daripada semua pihak terutamanya badan pemberi biasiswa atau bantuan pendidikan untuk memastikan syarat ini dipatuhi supaya sebarang kesulitan dapat dielakkan bagi pelajar untuk berdaftar dengan badan tersebut selepas tamat pengajian.

Artikel Berkaitan: