Jerman tidak boleh ulangi kesilapan

Penyerang Jerman, Kai Harvertz melonjak tinggi bagi menanduk masuk gol penyamaan ketika berdepan Hungary, pada awal pagi Khamis. - Foto EPA
Penyerang Jerman, Kai Harvertz melonjak tinggi bagi menanduk masuk gol penyamaan ketika berdepan Hungary, pada awal pagi Khamis. - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Jerman, Joachim Low mengingatkan skuad kendaliannya agar tidak mengulangi lagi sebarang kesilapan yang dilakukan ketika beraksi pada singan di peringkat Kumpulan F, Euro 2020 sebelum ini.

Menurut Low, sekiranya kesilapan sama berulang, skuad Die Mannschatt berdepan kemungkinan untuk tersingkir awal daripada edisi kali ini.

“Jerman kini berada pada situasi genting. Sama ada terus bersaing atau tersingkir daripada Euro 2020.

Joachim Low - Foto EPA
Joachim Low - Foto EPA

“Namun, saya percaya jika kami berjaya mempamerkan segala kebolehan kami sebagaimana yang dipamerkan ketika berdepan Hungary, kami mampu muncul sebagai pencabar yang kuat.

“Jika tidak, kami pasti berdepan dengan kesukaran pada saingan kalah mati dan juga pada peringkat seterusnya (jika layak),” katanya.

Pada aksi terakhir peringkat Kumpulan F, Jerman dipaksa berhempas pulas sebelum terikat 2-2 dengan Hungary di Allianz Arena pada awal pagi Khamis.

Penyerang Hungary, Adam Szalai membuka jaringan pada minit ke-11, sebelum Kai Harvertz menjaringkan gol penyamaan Jerman pada minit ke-66.

Artikel Berkaitan:

Hungary kembali di depan hasil jaringan Andras Schafer pada minit ke-68, namun jaringan Leon Goretzka pada minit ke-84 berjaya menyelamatkan skuad Die Mannschaft daripada dipalit aib dan tersingkir daripada pusingan 16 pasukan terbaik Euro 2020.

Mengulas mengenai aksi berdepan England pada pusingan 16 pasukan terbaik nanti, Low mahu setiap pemain bersedia secukupnya untuk berdepan perlawanan yang cukup getir itu.

Malah katanya, skuad The Three Lions itu pasti akan menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri (Wembley), bagi melakar kejayaan dan melangkah ke suku akhir.

“Aksi berdepan England sudah pasti menjadi perlawanan yang berbeza berbanding perlawanan-perlawan di peringkat kumpulan sebelum ini.

“Dengan status pasukan pilihan selain bermain di gelanggang sendiri, saya meramalkan mereka akan bermain dengan corak menyerang dan untuk itu, kami perlu memastikan kami dapat beraksi dengan lebih baik daripada mereka,” katanya.