Covid-19: 5,841 kes baharu, Selangor kekal rekod kes tertinggi

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kes harian Covid-19 menunjukkan peningkatan pada Khamis dengan 5,841 lagi kes baharu direkodkan, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor melaporkan 2,072 kes, diikuti Negeri Sembilan (781), Sarawak (581), Kuala Lumpur (552), Johor (346), Kedah (271), Melaka (247), Labuan (212) dan Sabah (203).

Menurut beliau, Pahang pula merekodkan 162 kes, Kelantan (135), Perak (120), Putrajaya (17) dan Perlis (lima).

"Terdapat lapan kes import dan 5,833 penularan dalam negara membabitkan 4,683 rakyat tempatan dan 1,150 warga asing.

"Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 716,847," katanya satu dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 61,162 kes aktif di seluruh negara melibatkan 869 pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 438 pesakit memerlukan sokongan mesin pernafasan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 84 kes kematian berkaitan Covid-19 direkodkan melibatkan 73 pesakit tempatan dan 11 warga asing.

Tambahnya, kes kematian tertinggi turut dilaporkan di Selangor iaitu 32 kes diikuti Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan masing-masing 10 kes.

Artikel Berkaitan:

"Lapan kematian dilaporkan di Kelantan, Johor (tujuh), Kedah (enam), Labuan (tiga), Melaka (dua), Perak (dua), Pahang (dua), Sabah (satu) dan Terengganu (satu)," katanya.

Katanya, terdapat 5,411 kes sembuh daripada Covid-19 dengan jumlah keseluruhannya, 650,964.