Kerajaan lulus pelaburan lebih RM42 bilion syarikat solar

Muhyiddin pada mesyuarat bersama Risen Energy pada Khamis.
Muhyiddin pada mesyuarat bersama Risen Energy pada Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan meluluskan pelaburan syarikat Risen Solar Technology Sdn Bhd bagi aktiviti rekabentuk, pembangunan dan pengilangan solar cells serta solar modules di Malaysia dengan jumlah pelaburan RM42.2 bilion.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelaburan anak syarikat Risen Energy Co Ltd itu bagi tempoh 15 tahun dibuat mengikut Lesen Pengilang dan Galakan Insentif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

"Pelaburan ini dijangka menjana 3,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia selain syarikat itu juga akan menjalinkan kerjasama dengan universiti serta institusi tempatan dalam menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan termasuk pengambilan pelajar secara internship," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Khamis.

Sebelum itu, Muhyiddin mengadakan mesyuarat bersama Pengerusi dan Presiden Risen Energy, Xie Jian secara maya.

Mesyuarat yang diadakan secara maya itu turut disertai oleh Mohamed Azmin Ali dan Arham.
Mesyuarat yang diadakan secara maya itu turut disertai oleh Mohamed Azmin Ali dan Arham.

"Saya turut berkongsi dengan Xie Jian bahawa kerajaan Malaysia mengamalkan prinsip mesra pelaburan dan sentiasa mengalu-alukan kemasukan pelaburan baharu serta berkualiti ke negara ini," katanya.

Beliau berkata, pelbagai galakan dan insentif disediakan kepada pelabur serta bakal pelabur di negara ini.

"Alhamdulillah, trend kemasukan berterusan pelaburan asing berimpak tinggi ini tentunya menyuntik lebih keyakinan dalam kalangan komuniti pelabur luar terhadap prospek pemulihan ekonomi Malaysia selari dengan aspirasi Pelan Pemulihan Negara.

Artikel Berkaitan:

"Ini pastinya akan membawa manfaat besar kepada masyarakat dari segi peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan," katanya.

Mesyuarat yang diadakan secara maya itu turut disertai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Arham Abdul Rahman.