Dua gol Benzema sudah memadai buat Deschamps

Benzema menjaringkan gol kedua Perancis, setelah menewaskan penjaga gol Portugal, Rui Patricio pada perlawanan berkenaan.
Benzema menjaringkan gol kedua Perancis, setelah menewaskan penjaga gol Portugal, Rui Patricio pada perlawanan berkenaan.
A
A
A

DUA gol daripada penyerang Karim Benzema yang berjaya mengikat juara bertahan, Portugal 2-2 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan F, Euro 2020 di Puskas Arena Budapest pada awal pagi Khamis, dilihat sudah memadai bagi pengendali Perancis, Didier Deschamps.

Menurut pengendali berusia 53 tahun itu, penyerang berkenaan telah membalas kepercayaan yang diberikan kepadanya biarpun dilihat agak bergelut dalam dua aksi permulaan di peringkat kumpulan sebelum ini.

Malah katanya, dua gol berkenaan turut membuktikan Benzema masih memiliki sentuhan jaringan yang diharapkannya dalam usaha membentuk jentera serangan berbisa skuad Les Bleus itu.

“Kejayaan Benzema menjaringkan gol adalah sesuatu yang baik buat pasukan. Dia sememangnya sentiasa mencari peluang dan dia dilihat tidak mudah hilang keyakinan diri jika tidak bejaya.

“Kini dia membuktikannya dan dua golnya itu telah membawa kita ke saingan kalah mati untuk berdepan Switzerland pada Isnin,” katanya.

Benzema menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan separuh masa pertama sebelum menjaringkan gol kedua pada minit ke-47 setelah kapten Portugal, Cristiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-30 dan kemudiannya menyempurnkan satu lagi sepakan penalti pada minit ke-60, bagi mengikat kedudukan 2-2 hingga ke wisel penamat.

Pada aksi pusingan 16 pasukan terbaik nanti, Perancis bakal berdepan Switzerland dalam usaha mengesahkan slot ke saingan suku akhir.

Sementara itu bek tengah Perancis, Raphael Varane gembira dengan progress yang ditunjukkan oleh Benzema pada saingan Euro 2020.

Artikel Berkaitan:

Katanya, setelah tidak beraksi bagi tempoh yang agak lama (lima hingga enam tahun), dia juga tidak menyangka Benzema masih lagi mempunyai keyakinan diri untuk beraksi pada edisi Euro kali ini.

“Saya tahu bukan mudah untuk Benzema ketika ini. Namun saya pasti dia mampu tampil dengan lebih berkeyakinan serta menjaringkan lebih banyak gol selepas ini,” katanya.