Kontrak RM60 juta: Giliran pengurus syarikat pula direman

Suspek hadir ke mahkamah diiringi oleh pegawai SPRM untuk permohonan reman.
Suspek hadir ke mahkamah diiringi oleh pegawai SPRM untuk permohonan reman.
A
A
A

PUTRAJAYA - Susulan penahanan penolong setiausaha bahagian sebuah kementerian yang dipercayai menerima suapan lebih RM1 juta, seorang pengurus syarikat pula direman kerana disyaki terlibat dengan rasuah bagi mendapatkan kontrak bernilai RM60 juta di kementerian sama.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Roslizawati Mohd Zanin selama empat hari bermula Khamis.

Suspek berusia 43 tahun itu dipercayai telah bersekongkol dengan penolong setiausaha terbabit bagi memonopoli projek-projek bernilai RM60 juta di kementerian itu sejak tahun 2018.

Sindiket tersebut dipercayai telah membolot 16 projek yang melibatkan 11 kali pembayaran rasuah.

Difahamkan lelaki itu ditahan jam 12 tengah malam selepas hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan.

Pada Rabu, penolong setiausaha yang menjadi dalang kontrak projek kementerian itu direman lima hari.

Difahamkan, antara tahun 2016 hingga kini, suspek telah menerima suapan berbentuk wang tunai berjumlah kira-kira RM300,000, barang kemas, tanah lot berkeluasan dua ekar, rumah kedai dua tingkat dan sebuah motosikal yang jumlah keseluruhannya dianggarkan lebih RM1 juta sebagai balasan membantu 11 buah syarikat mendapatkan projek bekalan am, perkhidmatan dan pengangkutan di kementerian terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Dalang projek terima rasuah lebih RM1 juta diberkas

Artikel Berkaitan: