X

Kindly register in order to view this article
!

Penyeludup lari tinggalkan 452 peket minyak masak

PGA merampas 452 peket minyak masak bersubsidi negara yang cuba diseludup ke Thailand di pangkalan haram Tebu, Rantau Panjang pada Rabu.
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 452 peket minyak masak bersubsidi negara yang cuba diseludup ke Thailand di pangkalan haram Tebu, di sini pada Rabu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam serbuan jam 11.30 malam itu, sepasukan anggota yang sedang melakukan rondaan rutin telah melihat sekumpulan lelaki sedang memunggah kotak-kotak minyak masak ke dalam perahu.

"Menyedari perbuatan mereka itu telah 'dihidu' oleh anggota PGA, kumpulan lelaki berkenaan terus bertindak melarikan diri ke Thailand menggunakan perahu dengan meninggalkan kotak-kotak minyak masak tersebut di kawasan tebing," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi kejadian menjumpai 452 peket minyak masak yang dipercayai mahu diseludup ke Thailand menggunakan pangkalan haram di sekitar Sungai Golok.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Azhari berkata, PGA akan terus memperketatkan lagi kawalan menerusi rondaan lebih aktif bagi mengekang aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand bermula dari Rantau Panjang ke Pengkalan Kubor, Tumpat.

Beliau berkata, PGA tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti berkenaan.

"Selain barang-barang kontraban, dadah dan senjata api, PGA turut memberikan fokus kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!