Pukul bapa tiri kerana ditegur salah pasang bateri kereta

Seorang lelaki ditahan selepas memukul bapa tirinya dalam kejadian di Pelabuhan Klang pada Selasa.
Seorang lelaki ditahan selepas memukul bapa tirinya dalam kejadian di Pelabuhan Klang pada Selasa.
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki dipukul anak tirinya yang tidak puas hati kerana ditegur tersalah pasang bateri kereta dalam kejadian di sebuah rumah di Pelabuhan Klang di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu bermula selepas berlaku perselisihan faham antara mangsa dengan anak tiri lelakinya.

Shamsul Amar
Shamsul Amar

"Suspek bertindak memukul bapa tirinya berusia 52 tahun dengan menggunakan tangan hingga cedera di bahagian muka dan dada.

"Susulan itu, bertindak atas maklumat, kira-kira jam 5 petang keesokan harinya, sepasukan anggota D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah menahan suspek di hadapan sebuah restoran di Pandamaran, Klang," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, soal siasat suspek bertindak memukul bapa tirinya kerana tidak berpuas hati dengan teguran berkenaan pemasangan bateri kenderaan di kereta mangsa.

Katanya, suspek berusia 24 tahun dan tidak bekerja direman empat hari untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: