Ular sawa kempunan babi ditangkap

Anggota APM daerah Lipis menangkap ular sawa seberat 100kg di Taman Sri Tempoyang, Lipis pada Khamis.
Anggota APM daerah Lipis menangkap ular sawa seberat 100kg di Taman Sri Tempoyang, Lipis pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Seekor ular sawa batik seberat 100 kilogram (kg) berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Lipis di Taman Sri Tempoyang, Lipis pada Khamis.

Pegawai APM daerah Lipis, Kapten (PA) Mohd Nor Azhar Yusof berkata, penangkapan itu dibuat selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa mendengar bunyi mencurigakan dari bangsal berhampiran rumahnya kira-kira jam 6.15 pagi.

“Kami dimaklumkan, pemanggil yang dikenali sebagai Hafiz itu menyedari terdapat seekor ular sawa ketika hendak memasuki kenderaan di kawasan berhampiran bangsal.

“Sebelum ular sawa itu berjaya ditangkap, haiwan itu sempat membelit seekor babi namun dalam beberapa minit bergelut, babi tersebut berjaya melepaskan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohd Nor Azhar menjelaskan, empat anggota bergegas ke lokasi untuk menangkap reptilia berkenaan.

“Anggota yang terlibat mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk menangkap ular sawa seberat 100kg dan panjangnya dianggarkan enam meter menggunakan penjerut ular.

“Walaupun ular itu lapar namun tiada sebarang pergelutan dan kesukaran ketika tangkapan dibuat,” ujarnya,

Beliau berkata, reptilia yang dimasukkan ke dalam sangkar itu dihantar dan dilepaskan di kawasan yang tidak berpenghuni.

Artikel Berkaitan: