Enrique percaya tiada lagi kritikan terhadap Sepanyol

Enrique
Enrique
A
A
A

PENGENDALI Sepanyol, Luis Enrique percaya tidak ada lagi kritikan yang dilemparkan kepada skuad kendaliannya itu setelah menewaskan Slovakia 5-0 pada aksi terakhir Kumpulan E, Euro 2020 di Staduim de La Cartuja, Sevilla pada awal pagi Khamis.

Menurut Enrique, situasi berkenaan nyata melegakan kerana ia secara tidak langsung menggambarkan mengenai kemampuan skuad La Roja itu untuk menghasilkan keputusan yang memberangsangkan dengan cara mereka yang tersendiri.

“Kemenangan ini sesuatu yang melegakan. Bukan hanya untuk saya, tetapi turut membuktikan pasukan ini mampu mencatatkan keputusan terbaik dengan cara kami sendiri.

“Saya juga percaya, ada banyak kritikan yang bakal kami terima, tetapi rasaya tidak ada kritikan untuk hari ini (berikutan kejayaan pasukan).

“Apa pun, kemenangan ini membuatkan kami lebih bersedia untuk mengharungi pusingan 16 dengan penuh keyakinan,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Selangor membuka jaringan pada minit ke-30 apabila penjaga gol Slovakia, tertampan bola ke gawang sendiri diikuti jaringan Aymeric Laporte pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Sepanyol menambah dua gol lagi menerusi jaringan Pablo Sarabia pada minit ke-56, Ferran Torres (min-67) sebelum pemain Slovakia, Jurac Kucka tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-71.

Kemenangan itu menyaksikan Sepanyol mara ke pusingan 16 pasukan terbaik terakhir apabila menamatkan saingan peringkat Kumpulan E pada kedudukan kedua di belakang juara kumpulan, Sweden yang turut mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Poland di Gazprom Arena, Saint Petersburg.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Enrique berharap agar berharap agar skuad kendaliannya itu tidak terbawa-bawa dengan kemenangan 5-0 ke atas Slovakia, sebaliknya terus berusaha untuk menjamin kejayaan apabla diundi berdepan Croatia pada pusingan kalah mati.

Menurut Enrique, kemenangan besar ke atas Slovakia diharapkan mampu menjadi bekal semangat terbaik bagi skuad La Roja itu menjelang aksi berdepan The Blazers yang dipimpin pemain tengah berpengalaman, Luka Modric.

“Croatia ada pasukan yang baik dan dibarisi pemain yang sememangnya dikenali seperti Luka Modric yang beraksi dengan Real Madrid.

“Bagi saya, ia akan menjadi perlawanan yang sengit kerana apabila berada pada tahap ini, kita tidak boleh lagi menjangkakan untuk berdepan dengan pasukan-pasukan yang lemah,” katanya.