X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

'England akan lawan Jerman yang berbeza'

Joachim Low
A
A

PENGENDALI Jerman, Joachim Low menegaskan pasukannya akan beraksi dengan persembahan berbeza ketika bertemu England dalam aksi kalah mati di Wembley pada 30 Jun ini.

Jerman terpaksa bergelut sebelum mencatatkan keputusan seri 2-2 dalam perlawanan terakhir Kumpulan F menetang pasukan di tangga tercorot, Hungary pada perlawanan di Budapest pada awal pagi Khamis.

Bagaimanapun, Low menegaskan pasukan yang akan turun berdepan England nanti tidak akan menampilkan persembahan sama seperti ketika menentang Hungary itu.

"Kami melakukan kesilapan (dalam perlawanan menentang Hungary) tetapi kami bangkit menunjukkan karakter dan berjaya menyamakan kedudukan. Sasaran kami adalah untuk layak ke peringkat seterusnya.

"Apa yang penting ketika ini adalah kami telah layak. Sekarang kami akan menentang England dan akan melihat ke hadapan untuk perlawanan tersebut.

"Ia satu penghargaan untuk bermain di Wembley menentang England. Saya boleh berjanji kepada anda bahawa kami akan menjadi pasukan yang berbeza pada hari tersebut," katanya.

Dalam perlawanan itu, penyerang Hungary Adam Szalai membuka tirai jaringan buat Hungary pada minit ke-11 Sebelum Kai Havert menyamakan kedudukan pada minit ke-66.

Hungary kembali berada di depan pada minit ke-68, namun pemain gantian Jerman, Leon Goretzka memastikan satu mata berharga buat Jerman menerusi gol pada minit ke-86 sekali gus menyaksikan Die Mannschaft menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan kedua.

Mengulas mengenai perlawanan tersebut, Low mengakui Hungary memberikan cabaran luar biasa kepada Jerman sehingga menyaksikan para pemainnya terpaksa bermandi peluh untuk mencari gol.

"Semua pasukan kecil bekerja keras dan bertahan dengan baik. Hungary bermain dengan 10 pemain dalam kawasan mereka sendiri dan kami lega dapat layak daripada kumpulan maut ini," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!