PGA rampas lembu seludup 'stok' korban

Cubaan membawa masuk 'stok' lembu korban menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha berjaya dipatahkan PGA Batalion 7 Kuantan selepas menahan seorang lelaki pada Khamis.
Cubaan membawa masuk 'stok' lembu korban menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha berjaya dipatahkan PGA Batalion 7 Kuantan selepas menahan seorang lelaki pada Khamis.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Cubaan membawa masuk 'stok' lembu korban menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha berjaya dipatahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan selepas menahan seorang lelaki pada Khamis.

Penahanan lelaki berusia 21 tahun pada jam 2 pagi itu membawa kepada rampasan 28 ekor lembu seludup bernilai RM282,240.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, lori yang sarat membawa muatan lembu seludup itu ditahan di Jalan Perumahan Prima Lubok Jong, Pasir Mas, di sini.

"Pemeriksaan di bahagian belakang lori menemui 28 ekor lembu yang dipercayai diseludup dari Thailand menggunakan laluan-laluan tikus di sepanjang kawasan sempadan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, pemandu lori itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang lengkap berkait dengan urusan berkenaan.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan berjumlah RM402,240.

Azhari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

Katanya, rampasan itu hasil rondaan rutin yang dijalankan oleh PGA menerusi penugasan Op Benteng Covid-19 di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bermula dari Rantau Panjang ke Pengkalan Kubor, Tumpat.

Artikel Berkaitan: