Tip jimat tenaga elektrik daripada TNB

No Image Caption
A
A
A

Urus penggunaan peralatan elektrik dan elak pembaziran tenaga.

Penggunaan elektrik mungkin meningkat sepanjang sekatan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 serta cuaca panas di Semenanjung ketika ini. Sebagai pengguna, anda mempunyai pilihan untuk memantau dan mengurus penggunaan peralatan elektrik bagi mengelak pembaziran tenaga.

Berikut tip bagi mengelak pembaziran tenaga:

1. Matikan suis dan tanggal plug peralatan elektrik apabila tidak digunakan.

No Image Caption

- Televisyen, kotak dekoder (set-top boxes) dan modem yang tidak dimatikan boleh meningkatkan penggunaan elektrik dalam jangka masa yang panjang.

2. Ketika menggunakan pendingin hawa.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

- Tutup semua pintu, tingkap dan laluan udara supaya udara sejuk tidak keluar dari bilik.
- Gunakan kipas untuk membantu menyejukkan bilik supaya termostat alat pendingin hawa boleh dilaraskan lebih tinggi (antara 24’-26’C) bagi penggunaan elektrik yang cekap.
- Tetapkan pemasa untuk mematikan alat pendingin hawa bagi mengurus dan menjimatkan tenaga.

No Image Caption

- Bersihkan penapis bagi optimumkan proses penyejukan. Habuk pada penapis mengurangkan peredaran udara dan menjejaskan kecekapan alat pendingin hawa.

3. Matikan komputer selepas guna dan berhenti mengecas apabila bateri penuh.

No Image Caption

- Pastikan suis dimatikan selepas penggunaan pembesar suara, mesin pencetak dan pengimbas.

4. Manfaatkan cahaya semula jadi.

No Image Caption

- Bagi mengurangkan kos penggunaan lampu.

5. Elak guna air panas semasa mencuci pakaian dengan muatan penuh.

No Image Caption

- Lebih banyak tenaga dan masa diperlukan untuk memanaskan air.

6. Jangan kerap membuka dan menutup pintu ketuhar.

No Image Caption

- Perbuatan itu akan meningkatkan penggunaan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu ketuhar.

7. Kurangkan masa mandi menggunakan air panas.

No Image Caption

- Ini kerana alat pemanas air guna banyak tenaga untuk memanaskan air secara berterusan.

Ingin lebih banyak tip penjimatan tenaga elektrik?

Lawati portal: https://www.mytnb.com.my

Pengguna juga boleh memantau penggunaan alat elektrik di kediaman menerusi MAEVI, Layari https://maevi.my

Bagi pertanyaan bil, hubungi TNB CareLine 1300-88-5454 @ Facebook TNB CareLine.

Sumber: Tenaga Nasional Berhad (TNB)