Mora puji daya saing Harimau Selatan

Pemain Harimau Selatan yang diturunkan ketika berdepan Nagoya Grampus dalam aksi pembukaan kumpulan G Liga Juara-Juara Asia pada Selasa. - Foto Johor Southern Tigers
Pemain Harimau Selatan yang diturunkan ketika berdepan Nagoya Grampus dalam aksi pembukaan kumpulan G Liga Juara-Juara Asia pada Selasa. - Foto Johor Southern Tigers
A
A
A

PENGENDALI Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora memuji karakter dipamerkan pemain Harimau Selatan walaupun tewas tipis 0-1 kepada gergasi Liga Jepun (Liga-J) Nagoya Grampus dalam aksi pembukaan kumpulan G Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Selasa.

"Saya bangga dengan pemain saya kerana mereka memberikan saingan, mereka telah berikan sedaya upaya mereka dan mencuba sehingga minit terakhir, sehingga tiupan wisel penamat.

"Namun malangnya, kami bolos satu gol. Saya fikir ini adalah permulaan yang baik dalam usaha tersebut. Kami tahu ini akan menjadi perlawanan yang sukar tetapi kami sentiasa mencuba sebaik mungkin.

"Kami mengubah formasi, kami mengubah sedikit corak permainan, dua atau tiga kali dan kami mempunyai satu atau dua peluang tetapi sayangnya kami tidak dapat melakukannya," katanya yang juga pengurus Harimau Selatan.

Pada aksi di Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok itu, pemain tengah Nagoya Grampus, Hiroyuki Abe muncul wira kelab Jepun tersebut apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-60, sekali gus memberi permulaan sempurna kepada kelab yang kini menduduki tempat kedua Liga-J tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: JDT tewas tipis kepada Nagoya Grampus

Artikel Berkaitan: