X

Kindly register in order to view this article
!

60 maut serangan udara di pasar Tigray

Seorang lelaki dirawat di sebuah hospital di Mekele selepas sebuah pasar di kampung Togoga, Tigray dijadikan sasaran dalam serangan udara yang berlaku pada Selasa lalu. - Foto AFP
A
A

NAIROBI - Sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dan beratus-ratus lagi cedera selepas sebuah pasar diserang dalam satu serangan udara di kampung Togoga, wilayah Tigray, Habsyah pada Selasa, kata pekerja keselamatan dan saksi kejadian pada Rabu.

Seorang doktor di sebuah hospital utama di Mekele berkata, kira-kira 60 orang maut dalam serangan itu.

Dalam pada itu seorang saksi, Negash Araya berkata, dia menganggarkan kira-kira 200 orang lagi cedera dalam serangan itu.

Menurut portal berita BBC, saksi-saksi memberitahu, jet-jet Tentera Udara Habsyah melakukan serangan tersebut di pasar berkenaan.

Namun, tentera Habsyah menafikan serangan udara tersebut menyasarkan orang awam.

Sebaliknya, ia menyatakan tujuan serangan itu adalah untuk meneutralkan golongan pemberontak.

Bagaimanapun, kerajaan Habsyah menafikan melakukan serangan tersebut.

Justeru, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak supaya satu siasatan dilakukan berhubung serangan tersebut.

Berita tentang serangan udara itu berlaku ketika para pegawai Habsyah mengira undi pilihan raya Parlimen yang diadakan dalam minggu ini di tujuh daripada 10 wilayah di negara tersebut.

Bagaimanapun, tiada pilihan raya diadakan di Tigray iaitu lokasi pertempuran antara anggota-anggota yang setia dengan Pembela Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF) dengan pihak tentera sejak November lalu.

Namun, beberapa penduduk melaporkan pasukan TPLF telah memasuki beberapa pekan di Mekkelle dekat Togoga sejak beberapa hari lalu sebelum berundur dalam tempoh beberapa jam. - Agensi


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!