Sepanyol tempah pertemuan berdepan Croatia

Barisan pemain Sepanyol meraikan kemenangan ke atas Slovakia di Stadium La Cartuja, Seville awal pagi tadi.
Barisan pemain Sepanyol meraikan kemenangan ke atas Slovakia di Stadium La Cartuja, Seville awal pagi tadi.
A
A
A

SEPANYOL bakal membuat perhitungan dengan Croatia pada pusingan 16 terbaik selepas membenam Slovakia 5-0 dalam aksi terakhir Kumpulan E Euro 2020 di Stadium La Cartuja, Seville awal pagi tadi.

Selepas Alvaro Morata terlepas peluang membuka tirai jaringan Sepanyol apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti, La Roja akhirnya memperoleh gol sulung apabila penjaga gol Slovakia, Martin Dubravka tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-30.

Sebelum aksi babak pertama berakhir, skuad kendalian Luis Enrique itu menambah gol kedua hasil jaringan Aymeric Laporte pada masa kecederaan.

Bersambung babak kedua, Sepanyol memperoleh gol ketiga menerusi jaringan Pablo Sarabia pada minit ke-56 sebelum Ferran Torres menambah gol keempat La Roja berselang 11 minit kemudian.

Slovakia terus tertekan apabila Juraj Kucka menjaringkan gol sendiri pada minit ke-71, sekali gus memastikan kemenangan bergaya Sepanyol di laman sendiri.

Kemenangan itu membolehkan skuad La Roja meloloskan diri ke peringkat kalah mati apabila muncul naib juara Kumpulan E di belakang Sweden.

Sweden pula dijadualkan menentang Ukraine dalam aksi pusingan 16 terbaik selepas menewaskan Poland 3-2 di Gazprom Arena, Saint Petersburg awal pagi tadi.

Viktor Claesson memastikan kemenangan buat Sweden untuk menjuarai Kumpulan E apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan babak kedua.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Emil Forsberg menyumbang dua gol awal Sweden sebelum bintang sensasi Bayern Munich, Robert Lewandowski menjaringkan dua gol buat Poland pada babak kedua.