Nasi berlauk janda hanya RM1.50

Siti Suhada Salleh, 34 (kiri) menjual nasi berlauk pada harga RM1.50 sebungkus.
Siti Suhada Salleh, 34 (kiri) menjual nasi berlauk pada harga RM1.50 sebungkus.
A
A
A

TUMPAT - Seorang janda dari Kampung Alor Tar di sini menjual nasi berlauk pada harga RM1.50 sebungkus bagi membantu meringankan beban penduduk setempat.

Siti Suhada Salleh, 34, yang kematian suami sejak lima tahun lalu berkata, penetapan harga itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa penduduk kampung yang terkesan dengan perlaksanaan Sekatan Penuh Pergerakan akibat pandemik Covid-19.

Siti Suhada dari Kampung Alor Tar, Tumpat membantu meringankan beban penduduk setempat dengan menjual nasi berlauk pada harga RM1.50 sebungkus.
Siti Suhada dari Kampung Alor Tar, Tumpat membantu meringankan beban penduduk setempat dengan menjual nasi berlauk pada harga RM1.50 sebungkus.

"Nak jual mahal... saya takut harga itu akan membebankan penduduk. Apabila dibuat kira-kira, saya dapati masih 'terselit' rezeki dan tanpa berfikir panjang saya membuat keputusan untuk menjual nasi berlauk pada harga RM1.50," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu.

Menurutnya, dia terkejut apabila sarapan pagi yang dijual itu tular di laman sosial Facebook sehingga memberikan rezeki terpijak buatnya tanpa disedari.

Orang ramai sanggup beratur panjang untuk membeli nasi berlauk Siti Suhada selepas ia tular di laman sosial Facebook sehingga memberikan rezeki terpijak buatnya tanpa disedari.
Orang ramai sanggup beratur panjang untuk membeli nasi berlauk Siti Suhada selepas ia tular di laman sosial Facebook sehingga memberikan rezeki terpijak buatnya tanpa disedari.

Katanya, sejak tular, dia berjaya menjual lebih 80 bungkus nasi setiap hari dan jumlah itu makin bertambah dari semasa ke semasa sehingga mencecah 500 bungkus sehari.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, dia menawarkan dua menu nasi berlauk kepada pelanggan iaitu ayam dan ikan, selain nasi lemak pada harga yang sama.

Artikel Berkaitan:

Siti Suhada berkata, langkah menjual nasi itu diambil selepas dia tidak dapat melakukan tugas sebagai pembersih mesin penapis air susulan perkhidmatan tersebut dibekukan kerajaan buat sementara.

Siti Suhada (kiri) dibantu adiknya, Siti Salma di gerai yang dibuka di hadapan rumah mereka di Kampung Alor Tar, Tumpat.
Siti Suhada (kiri) dibantu adiknya, Siti Salma di gerai yang dibuka di hadapan rumah mereka di Kampung Alor Tar, Tumpat.

"Peringkat awal, saya berniaga nasi berlauk secara kecil-kecil dengan menjual dari rumah ke rumah menerusi bantuan adik, Siti Salma.

"Apabila laris saya dan adik membuat keputusan untuk membuka gerai kecil di hadapan rumah selepas tidak larat untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi kerana permintaan yang banyak," katanya.