FAM... terima saja 'tawaran' TMJ

Tunku Ismail mempunyai kredibiliti dalam mengangkat kembali maruah bola sepak Malaysia atas kejayaannya menjadikan JDT sebagai kelab terbaik di negara ini.
Tunku Ismail mempunyai kredibiliti dalam mengangkat kembali maruah bola sepak Malaysia atas kejayaannya menjadikan JDT sebagai kelab terbaik di negara ini.
A
A
A

HARIMAU Malaya menangis lagi. Kali ini, skuad kendalian Tan Cheng Hoe sudah boleh melupakan misi mereka beraksi di pentas tertinggi bola sepak – Piala Dunia.

Kegagalan menempatkan diri sekurang-kurangnya di tangga kedua Kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berakhir di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu lalu, menutup terus peluang Harimau Malaya menjejakkan kaki di bumi Qatar tahun depan.

Satu-satunya peluang Harimau Malaya menebus kekecewaan itu adalah dengan melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di China. Satu lagi halangan bakal ditempuhi mereka –Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadualkan pada Februari tahun depan.

Jika berjaya menyambar tiket Piala Asia 2023, Harimau Malaya setidak-tidaknya masih mampu mendabik dada. Tetapi jika tumbang dalam aksi kelayakan terakhir tersebut, ia pastinya menjadi satu lagi detik yang cukup mengecewakan buat seluruh penyokong bola sepak Malaysia.

Pada saat ramai yang masih mencongak ke mana hala tuju Harimau Malaya susulan prestasi kurang bermaya di bumi Dubai, berita tentang kesediaan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menguruskan skuad kebangsaan mula menggamit perhatian.

Baik dalam kalangan peminat, penyokong, pemerhati mahupun pengkritik sukan tanah air, masing-masing mempunyai pandangan mereka atas hasrat yang diluahkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu.

Sambil melahirkan rasa teruja dan menyambut baik kesediaan Tunku Ismail yang menawarkan diri untuk menguruskan skuad kebangsaan, mereka turut berpandangan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu sebagai calon tepat untuk menjadikan Harimau Malaya kembali digeruni.

Bagi mereka, Tunku Ismail mempunyai kredibiliti dalam mengangkat kembali maruah bola sepak Malaysia atas kejayaannya menjadikan JDT sebagai kelab terbaik di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Ibarat 'bola di kaki’ FAM, kini terpulang kepada FAM sama ada menerima 'tawaran’ Tunku Ismail atau terus merintis pelan sedia ada dalam menentukan langkah Harimau Malaya.