Gaya kerja hibrib dijangka diteruskan di Malaysia

Model kerja hibrid, yang menggabungkan pejabat dan kerja jarak jauh, telah menjadi norma baharu di Malaysia dan dijangka diteruskan selepas Covid-19. Foto 123RF
Model kerja hibrid, yang menggabungkan pejabat dan kerja jarak jauh, telah menjadi norma baharu di Malaysia dan dijangka diteruskan selepas Covid-19. Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Model kerja hibrid, yang menggabungkan pejabat dan kerja jarak jauh, telah menjadi norma baharu di Malaysia dan dijangka diteruskan selepas Covid-19.

Pengarah Urusan Cisco Malaysia Albert Chai berkata, hampir 90 peratus pekerja di Malaysia ingin mempunyai pilihan untuk bekerja sama ada dari rumah atau pejabat.

“Saya berpendapat organisasi dan syarikat telah menerima bukan hanya untuk mengekalkan pekerja tetapi juga untuk menarik golongan milenial dan tenaga kerja pada masa depan yang kita ada dalam pasaran. Kerja pada masa depan akan bersifat global dan hibrid sepenuhnya,” katanya pada taklimat media secara maya mengenai Powering the Future of Hybrid Work in Malaysia, di sini.

Beliau berkata, minat juga dapat dilihat melalui penggunaan Webex Suite Cisco di Malaysia, apabila pertumbuhan tiga angka dicatatkan pada 2020.

“Saya ingin berkongsi beberapa kajian kes, yang amat menarik. Dalam kita berbincang, kita membolehkan satu daripada entiti kerajaan yang amat besar untuk membantu mereka yang menganggur di negara ini mencari pekerjaan dalam tempoh sukar ini.

“Webex mengukuhkan pengambilan pekerja secara besar-besaran untuk agensi. Kami turut bekerjasama dengan kerajaan dalam bidang pendidikan dan kami mengekalkan separuh daripada universiti untuk beroperasi sepanjang tempoh Covid-19,” katanya.

Sekurang-kurangnya 10 daripada 20 universiti, institusi perbankan dan syarikat utiliti di Malaysia menggunakan Webex Suite.

Pengarah Urusan Kerjasama bagi Asia Pasifik, Jepun dan China di Cisco, S. Hariharan berkata, entiti pendidikan turut memberi maklum balas yang baik terhadap keperluan kepada pembelajaran hibrid, justeru, syarikat teknologi maklumat dan rangkaian berminat untuk memperluas pengalamannya dengan memperoleh Involvio.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, Cisco berhasrat untuk memperoleh Involvio, sebuah syarikat yang bekerjasama dengan penyedia perisian pendidikan utama melibatkan platform libat urus pelajar yang diperkasakan oleh Webex Meeting. - Bernama